Maaf penggunaan kata "ak" pada yang lebih berusia :))

Friday, May 11, 2012

kiash bermula ,



Assalamualaikum !

ohoooii , dah macam rumah terbiar jehh laman luahan hati nehh .
sungguhh lama taa meng-updated . Cadang nyeh nak isi borang pencen meluahkan perasaan kat sini , tapi rasa rugi dan sia sia pulakk usaha mengemaskini laman neh dulu . Bila diimbas kembali waktu mula mula bertapak dan menjadi ahli blogger rasa payah jeh nak jaga laman neh . Yea lahh , bukan setakat kena banyak menaip , laman neh punn perlu dihias kann cantik cantik . kalau tidak memang taa ada siapa lah yang sudi menjenguk kann ?

Actually , iri hati tengok blogger lain amalkan 1 hari 1 post . dan lebih terasa iri hati nyeh , bila ada blogger yang every 30 minutes post new entry .  pergghh , sangatt rajin dan memang banyak cerita yang nak dikongsikan nyehh . salute lahh !

oke , sekarang ak akan cuba dan gagahi jua post entri baru neh . lama sangat dah taa menunjukkan bakat typing nehh kann . hee ,

Memandangkan keputusan tawaran matrik , form 6 , upu , maktab dah keluar neh dah jadii musim keguguran rambut ? Ye kan ? Surely semua tengah pening memikirkan arah mana patut pergi kann , haha . siang malam berdoa agar Allah tunjukan jalan yang tepat . hampir habis semua guru kaunseling kat daerah neh dirujuk supaya dapat buat keputusan yang terbaik . macam macam cara dah buat tapi statistik menyatakan 95% pelajar lepasan spm 2011 masih belum dapat membuat keputusan . betul kan ? mengaku saja lahh , haha . Even yang dah masuk form 6 , 08 MEI lalu punn masih ragu ragu dengan keputusan yang dibuat . actually same goes to me , sebab uhh berani mengeluarkan statement neh . HAHA


baru baru neh ramai blogger yang cerita berkenaan tawaran yang mereka dapat . taa kurang jugak yang dekat twitter , facebook semua updated status berkenaan tawaran sambung belajar . Alhamdulillah , kebanyakan nyeh dapat tawaran . Tapi ada juga yang sedih sebab taa dapat mana mana tawaran , dan ada juga yang sedih sebab taa dapat tawaran pilihan pertama . its okey , mana mana yang taa dapat tawaran atau dapat jurusan yang taa berkenan di hati jangan segan silu daftar masuk tingkatan 6 . sekolah sekolah sangat mengalu alukan kehadiran anda semua . hee

memang sekarang musim semua blogger yang menduduki spm 2011 tulis cerita pasal tawaran yang mereka dapat . Semua berkobar - kobar nak sambung belajar semula . So , faham faham sahaja lahh . Fathin Nabila neh punn nak cerita skitt pasal tawaran lahh jugakk .

oke , sebelum keluar senarai nama tingkatan enam sesi 2012/2013 yang lalu hati memang dah bersemangat nak masuk tingkatan enam . memang dah tetap pendirian dah . taa peduli dah apa orang nak kata .
Hati dah memang jatuh cinta dengan tingkatan enam neh sebab nak ambil sejarah dan teruskan cita cita untuk ambil undang undang . Bila difikir fikir , memang tingkatan enam adalah jalan yang terbaik untuk ambil undang undang selepas tamat tingkatan enam neh nanti .

Tiba tarikh 07 MEI , keputusan tawaran upu keluar . hati taa berkobar mana punn nak semak tawaran neh sebab memang dah berniat kalau dapat punn taa akan pergi . keputusan memang muktamad gilaaa lahh mengatakan TIDAK AKAN pergi . tup tup ,


Hah , alhamdulillah dapat .
tapi setiap kali orang tanya pergi taa uitm nanti ? dengan penuh yakin " TAA ! "
berlagak sungguh kan , dah dapat tawaran taa nak pergi pulakk . sia sia lahh isi permohonan dulu .
HAHA , bukan sombong . tapi seperti yang telah dinyatakan di atas , ak nak ambil undang undang .
kalau pergi sains komp boleh ke ambil undang undang ?

so , sekarang dengan rasmi nyeh Fathin Nabila sudah menjadi pelajar sekolah semula di SMK SERI PERAK .


Tapi , hati ak dah berubah sekarang  , to be continue . . .
post  kali neh panjang sangatt . Nanti kita sambung entri seterusnya nyeh .  Jangan lupa untuk ikuti kisah seterusnya . terima kasih :))







.

2 comments: